Sunday, May 17, 2009

HARI GURU

Selamat hari guru.. ngeh ngeh..
Macam tak percaya aku jadi cikgu.

Hari Sabtu 16hb Mei ri tu tak berapa terasa bahang hari guru sebab tak ada sambutan sebaliknya esok pulak rasa macam hari guru sebenar. Hm.. dengarnya macam2 juga la agenda dan program yang di atur. Aku sekadar ikut je. Tak ambil bahagian sangat.

Semua guru sekolah aku disarankan memakai baju bertemakan warna hitam dan putih. Adess.. kopak juga la gaji pertama sebab nak beli kostum ala 'tahi cicak' ni. Maklum la. Aku tak ada baju kaler ni. Pastu, setiap guru dah cabut nama untuk hadiah misteri. Aku dapat nama hanif. Hm.. nasib baik juga hanif. Dah kenal. Senang cter. Orangnya simple saja. Aku punya? Entah siapa la yang dapat. Tapi instinct aku kuat kata yang dapat nama aku cikgu pompuan juga.

Sayu pula hati ni. terbayangkan wajah murid-murid. Selalu juga aku 'lepuk' yang nakal sangat tu. Tapi, bukan la bermakna aku tak sayang pada mereka. Aku yakin mereka pun sedar tentang tu. Sebab, aku pernah terdengar murid aku berbual. Diorang kata, teacher Fida tu memang garang, tapi sebenarnya dia baik sangat! Keh keh!!! Aku naik lif tekan sendiri... titititi....

Hm.. mudah-mudahan aku boleh menyanyi dengan baik esok. Sebab aku memang tak hafal lagu guru malaysia tu. Kalau nak tahu, kelemahan aku dari zaman berzaman memang menghafal lagu. HIhihihi... hihihi..

Thursday, May 07, 2009

MC

Hoho.. hilang suara rupanya satu petanda awal aku nak demam!

Hari ni aku MC! Badan memang dah rasa tak larat nak angkat. Tak boleh jadi ni. Kalau pengsan nanti lagi malu. Kalau boleh pilih sapa yang kena angkat kita ok la jugak! Har har!!!!!

Last-last aku surrender. MC la walaupun memang taknak. Dah pecah rekod aku akhirnya. Hari ni demam + selesema + batuk yang bertambah teruk. Kat klinik seboleh-boleh aku kata aku tak demam. Gaduh kejap ngan doktor. Tapi pasal dia doktor kan.. dia la menang.. eleh..

Esok gerenti lebih ramai doktor yang check aku. Doktor kat sekolah tu sume lagi terer sebab diorang sume ada macam-macam teori. Jadi, baik aku bersedia..

Tuesday, May 05, 2009

kata tanpa suara..

Heh heh.. dengar macam bahasa orang sastera je kan? Padahal.. itu bukan kata-kata orang sastera tapi peristiwa yang berlaku dan menimpa diri aku sekarang!

Khamis yang lepas aku dah rasa badan tak berapa sedap sehinggalah hari Sabtu paling terasa yang aku demam. Nak kata panas sangat tu tak adalah tapi boleh aku rasa macam sentiasa berjalan di awang-awangan je.

Tiba hari Ahad demam dah surut tapi batuk la pula. Sudahnya, hari Isnin suara dah jadi suara Ramli Sarip. Tiba sampai tengahari terus tak dengar suara. Balik rumah, aku diam je. Sebab, taknak la sampai mak aku perasan aku tak ada suara. Nanti kena paksa makan ubat batuk! Tak suka!!! Tak suka!!

Dan, hari ni paling best. Tak ada suara. Bercakap secara individu tu boleh la lagi. Tu pun puas aku tekan-tekan suara. Tapi nak mengajar memang tak dapek nak nolong. Sudahnya hari ni bagi exercise je dalam kelas. Nak marah murid pun tulis kat whiteboard! Contoh "Jangan bising. Do ur work. Siapa tak siap, tak keluar rehat!". Keh keh.. Nasib baik hari ni cuma 3 kelas je..

Esok, tak tahu lagi apa nasib aku. Harap-harap dapat la kembali suara one in a million aku..

Sunday, April 26, 2009

Sekolah Kebanggaanku..


Hm.. betol kata alongroz.. lamanya aku ni menyepi kan?

Bukan la busy sampai tak sempat nak update tapi macam tak banyak benda nak di cerita. Maklum la, aktiviti memasak memang dah jatuh ranking ke berapa entah le. Balik-balik dengan kerja-kerja sekolah.

Oleh tu, aku nak cerita la sedikit pasal aktiviti sekolah..
Semalam kan.. ada karnival sains kat sekolah dekattttt dengan sekolah azie. Sebagai guru sains maka, aku pun pergi la ke sana. Pergi dengan harapan, pulang membawa??? Eheh heh..

Aku dan beberapa guru lain diamanahkan untuk mempersediakan pelajar bagi kategori sketsa. Hm.. mana dengan ujian bulanan lagi, dengan pemantauan dari jabatan lagi.. memang aku tak tahu mana nak cari masa buat semua-semua ni. Nasib baiklah team aku ni semuanya memang tip top.

Nak dijadikan cerita, sampainya di sekolah tu, rasa gerun je tengok pasukan lain dengan props yang bukan main calang-calang. Pasukan kami hanya ada serba sedikit peralatan je. Budak kami pun pakai kasut sekolah yang tak berbasuh! Kelabu asap pulak tu! Buat la kostum robot pakai kotak (ini kerja cikgu lelaki), sampai kat sekolah tu, bila pakai kat budak je kostum tu nak tanggal ke belakang. Panik jugak la. Kostum dah la itu aje. yang lagi satu, awal-awal dah rosak! nak buat macam mana. Si Hanif (cikgu lelaki) pun amik la ntah apa punya wayar, di belitnya aja badan budak tu dengan kostum tu sekali. Tapi oleh kerana citer pasal robot, maka buat-buat la konon memang disengajakan.. kih kih..

Dah tu, bila sampai turn kami, tak dapat guna microphone! alahai.. Lagi malang bila Hanif boleh kata yang cassette kami ada masalah. Macam mana nak kuar lagu serta suara narrator. Orang lain sume bawak CD atau siap pasang laptop terus. Kami bawak radio dengan kaset yang belum disetting. Punya gelabah sampai lagu tak kuar. Rupanya pasal panik, Hanif salah tekan button. Dia gi setting kat CD. Nasib baik aku perasan. And, nasib baik Hanif tu muka selamba je. Dia selamba je membebel buta kat tepi stage. Nasib baik jugak member baik aku Linda ada. kalau dia tak ada memang aku pun sama naik je panik ngan Hanif.

Akhirnya, bergerak juga la pasukan kami meskipun masalah teknikal ambil masa sampai dekat 15minit! Alhamdulillah.. walaupun dalam keadaan macam tu, pelajar kami tak cepat melatah. Belit pakai wayar pun wayarlah.

Dengan segala masalah dan melihat kehebatan semua pasukan, hati aku semakin kuat kata siapalah kami.. paling kuat pun boleh dapat tempat ketiga. Tapi Linda n Hanif cakap, boleh dapat no 1. Betol ke.. Bila pengumuman di buat, tempat ketiga dimenangi oleh..... pasukan lain. Tempat kedua!!!!! dimenangi oleh.. pasukan lain jugak! Takkan la no 1. Tapi itulah kenyataan. Bila diumumkan aku tak sangkat bila masanya aku boleh terbang dari kerusi. Sedar-sedar aku tengah terlompat tinggi. Linda menjerit macam ayam kena lastik buntut. Aku tak perasan pulak muka budak-budak tu dengan Hanif sebab diorang duduk barisan belakang kami.



Ya Allah.. kalau nak ditakdirkan rezeki, tak siapa boleh duga. Gembiranya aku tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Alhamdulillah.. Mudah mudahan kami dapat buat persiapan yang lebih baik untuk ke peringkat seterusnya. InsyaAllah..

Itulah berita 'tergembira' aku semalam... yang membuatkan tak lalu makan semalam.... hm.. ehem ehem... hem hem.. batuk ada makna nih..

Monday, March 23, 2009

Cookie Monster

Hm.. angan-angannya memang la banyak..

Tapi, sudahnya cuma sebijik kek je yang jadi. Itupun sebab kak teh yang suruh buat.. untuk birthday adik angkat kami, Hakimi yang keenam tahun.


Friday, March 20, 2009

Adik & Kakak

Semalam, masa aku tengah potong kuku kat luar, aku boleh terdengar sepasang suara kecil tengah berbual-bual sambil bermain. Inilah dialognya..

Kakak : Adik, malam nanti kakak nak solat. Nak solat dengan papa. Kenapa adik selalu tak solat?
Adik : Adik kan uzur..
Kakak : Ye la, kalau uzur pun takkan la lama sangat?
Adik : Adik uzur banyak!

Selepas dari itu aku cuma ketawa saja. Tak dengar apa lagi dialog mereka selepas tu. Budak-budak, percakapan siapalah yang dia ikutkan tu? Hm.. tapi biasanya kalau pasal uzur tu mungkin dari cakap orang perempuan dewasa atau.. pengaruh cerita kat TV. Kalau cakap pasal uzur, aku memang tahu diorang suka tiru salih yaakob dalam cerita lontong. tapi, ayat yang terakhir tu, tak ada dalam skrip cerita tu.

Hm.. nampaknya kakak aku kena tapis dialog kalau nak berbual depan budak-budak nampaknya..

Saturday, March 14, 2009

M Nasir

Teringat cerita Nujum Pak Belalang tiba-tiba aku ada idea untuk satu teka teki. Dimana letaknya kelebihan M Nasir. Pada suaranya ke, pada rupanya atau pada lagunya? Jawapannya ialah pada huruf N. Kalau N tu ditukar kepada B, maka akan jadi M Basir. Anda kenal M Basir???

Heh heh..

Yang sebenarnya nak letak lirik lagu ni. Aku bukanlah fanatik m nasir. Tapi lagu ni memang aku suka.

Sang Pencinta - M.Nasir

Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi tiada bererti

Padamu jua tertuju segala jalan
Padamu jua cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat dia
Yang melihatnya hanya dia kekasihnya

Sang pencinta… hanya dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan
Sang pencinta… hanya dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini rela menderita
Agar rindu batinnya terubat
Mengenang dia cinta yang dipuja
Mengenang dia cinta yang diredha
Hanya dia mengenang dia hanya dia